Friday, April 20, 2012

In Denial

"BAJU!! Y U Make Me Look FAT??!!"

"Eh, aku rasa baju ni mengecik ah."

"Korang-korang, rasanye kan baju ni tiap-tiap kali basuh die shrink ah. Ish, tak kualiti betol!"

"Apesal rase macam lain mcm je baju ni. Ni mesti adik tertukar ngn baju dia nie!"

"Material baju ni tak bagus, shrink lepas basuh."

=_____________=

p/s: pahit rasa nak telan fakta yang sebenarnya aku dah 'mengembang'.

Thursday, April 19, 2012

Ais Pecah versi II

Ini entah blog yang keberapa yang sudah ku cipta. Harapannya agar yang ini kekal lah hendaknya.

Sebab ape ek? Sebab yang pertama tu terlalu banyak kenangan manis/pahit/masam/masin yang dihidangkan. Terasa terlalu 'exposed' pon ada, Walaupon di blog itulah aku belajar selok belok ilmu blog, dan blog itu sudah ada pengunjung tetapnya. Dan blog itu jugak pernah dikunjung dan dititipkan sedikit 'comment' dari pengarang blog yang paling aku suka. Tapi itu semua perlu aku lupakan kerana ..... cukup jika aku kata blog itu buat kan aku 'sakit'.

Yang kedua pulak, aku rasa macam blog budak-budak baru nak up. Tak stylo sungguh.

Jadi di sini, aku mengharapkan permulaan catatan baru!

p/s : banyak jugak nyamuk di Kota Lumpur ni kan? ouch!

Ais Pecah

Salam Pengenalan.

Entri 'Ais Pecah' ini khas ditujukan kepada diriku sendiri (sebab diri sendiri je pon yang baca).

Tujuan utama "Cerita yang Tak Sempurna" ni adalah untuk merungkai segala macam rasa isi hati dan perjalanan hidup yang penuh pancaroba ini. Bersesuaian dengan tajuknya, begitu jugalah rasanya intipati yang bakal dikongsi bersama.

"Cerita yang Tak Sempurna" itulah cerita saya.

p/s : Wujud kah Cerita yang Sempurna? Oh mungkin, cerita di kaca tv dan di layar perak. Itupon sudah direka ditambah celup agar sedap rasa biar penonton suka. Mungkin.